Kau yang ku panggil ‘ADIK’


Adik..
Aurat mu telalu mahal untuk di paparkan,
Allah telah terlalu banyak kali menyelamatkanmu,
Masih belum cukupkah BUKTI kasih DIA
Untuk engkau akur .. akur pada setiap yang DIA tetapkan..
Demi kebaikan dirimu duhai adinda,
Adik.. sampai bila usia mu akan berlansung?
Sampai bila mau kau turutkan NAFSUmu..?
Sampai bila mau kau turutkan DUNIAmu..?
Apakah dunia yang memberimu rezeki atau DIA?


Adik ..
Seseorang itu akan menghadapi ajalnya,
Mengikuti apa yang slalu enak dilakukan didunia,
Mati dalam enak menurut perintahNYA,
Atau..dalam enak angkuh pada DIA.. yang teramat menyayangi mu,
Mau kau teriak nanti dalam barzakh..??
“Mana dunia yang menyeronokkan ku.. aku takut..”
“Mana nafsu yang buat aku berani di dunia.. aku takut..”
Dalam gelap gelita dan sempit..
Tubuh yang dikapan makin dihimpit bumi...memecah rusuk,
Mahukah keadaan ini?.. atau kau mahu matimu seindah para shuhadah..
Barzakhmu seindah taman2 syurga..?
Cukup bahgiakah dengan tipu daya dunia..?


Adik ..
Mana janji mu membahagiakan mama abah ,
Andai kau terus lakukan apa yang di MURKA,
KITA harapan mereka bila mereka tak bernyawa..
KITA penyambung pahala mereka..
Atau kau mahu beri yang sebaliknya?
Apa bukti yang kau akan membaca kalamNYA untuk mereka nanti..
Apa sumbanganmu untuk mereka layak dapat tiket syurga?
Mana usaha sungguhmu sebagai anak?


Adik ..
Setulus kasih mama,
Lebih tinggi tulus kasih DIA padamu..
Lebih pemaaf DIA padamu..
Sesejati seorang sahabat,
Tetap tidak mampu sesejati sahabatmu dibarzakh,
Yang akan temanimu disana.. bukan aku mahupun mama,
Adik.. takkan mampu kami menemanimu di barzakh kelak..
Tapi amal baikmu adalah sahabat karib sejati yang dipinggir didunia bakal menemani,
Mencahaya ruang gelapmu..meluas ruang sempitmu,
Masih wujud amalmu nanti..?


Adik..
Dunia, Nafsu dan amal baikmu yang mana harus kau utamakan dan jaga erat?
Fikirkan duhai adinda..
DALAM AMAL BAIKMU..
DUNIA DAN NAFSU HARMONI DIBAWAH TELUNJUK MU..
Bukan dirimu dibawah telunjuk dunia & nafsu..
yang rapuh lagi merosak dirimu,
Kau tuan.. mereka hamba!



Surah Yunus, 10: ayat 12

Dan  apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia (ke jalan yang sesat), seolah - olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. 

Comments