Business VS Makan Gaji
Bismillah.. ini adalah topik yang bermain di kepala diri ni almost 4 tahun masa sambung degree..
Both pada aku ok dan mulia ja kalau kau jaga
keberkatannya dengan kejujuran dan ahlak
yang perlu untuk dapat kemuliaan dalam mencari rezeki. Dulu aku terpengaruh
jugak dengan ideologi pandang makan gaji ni macam merendahkan value seseorang
..hmm . . darah muda ... keras cara aku bila benda tu dah melibatkan value
diri, maafkan aku. Aku terlupa dalam Islam dari bangun tidur sampai tidur balik
di angkat ibadah disisi ALLAH bila semua kita lakukan kerana allah & menjaga
amanah kerana Allah. Beb kita hidup tuk Allah dan hidupkan agama Allah. Cari
nafkah untuk diri sendiri mahupun tuk keluarga or orang lain .. tu semua ibadah dan menjadi
kemuliaan kepada hamba Allah tu. Apapun jagalah harga diri sebagai muslim. Meh aku share sikit ayat Allah tentang hal
ni.
Dan Katakanlah: "Bekerjalah
kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat
pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan
yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu
kerjakan
Surah
At-Taubah 9:105
Untuk
kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang – orang yang berkerja.
Surah As-
Shaffat 37 : 61
Katakanlah:”Hai
kaumku, bekerjalah sesuai dengan
keadaanmu (pula), maka kelak kamu akan
mengetahui, Surah Az-Zumar 39 : 39
So carilah nafkah
sebagai keperluan utama untuk meneruskan kehidupan ianya tuntutan dan
kemuliaan sebagai seorang insan. Tapi jangan sampai kita jadi hamba pekerjaan. Kita
hamba Allah kan (^^,). Jangan cari nafkah sehingga kita lupa tujuan utama kita
sebagai KHALIFAH (Pemimpin ; Amar Ma’aruf Nahi Mungkar) & ABID (ahli
ibadah). Kehidupan adalah perjuangan...
berjuanglah dengan gayamu ..gunakanlah kemahiran dan bakatmu .. tajamkanlah
ilmu dan akidahmu lalu lakarlah langkahmu untuk membangun ummah dan agama
dengan caramu yang Allah redha. Pasti
kau akan buat Rasullullah bahagia.. Tak hidup dipuji, tak mati dikeji.
Rindunya rasulullah,, laukana bainana ya habibullah! Semoga kami dibangkitkan bersamamu kelak..
tolonglah aku nak jumpa rasulullah. Aku tau aku tak layak lagi.. tapi aku akan
terus kuat untuk hal ini. Aku nak jumpa Rasulullah.. aku teringin nak tengok
saidina umar Al-khatab dan sahabat2 yang lain.. diorang insprirasi aku.
Teringin nak jumpa saidatina Khadijah , Fatimah
dan serikandi2 islam zaman Rasulullah. . pasti diorang pun dibangkit
sama2 dengan Muhammad Bin Abdullah. I am Dreamer! #DreamBig!
Comments
Post a Comment